Transfomasi Teknologi Terkini

INFO ICT

Tips Menjaga KOMPUTER dari VIRUS dan MALWARE

Pernah x anda mengalami gejala beribut: komputer menjadi perlahan dan file tidak dapat dibuka,ini adalah tanda2 yang komputer anda telah dijangkiti virus..

1. Elakkan Double click pada drive yang di attach pada komputer
Contohnye, apabila pendrive,external harddisk atau memory card di attach pada komputer, jgn sesekali “double click” pd icon tersebut.Seeloknya buka daripada Address bar atau “right click”
2. Pemasangan perisian Antivirus
3. Pemasangan perisian AntiSpyware
4. Gunakan Browser yang terkini

VIRUS DAN MALWARE?? (windows xp)

Apa yang perlu dilakukan sekiranya ‘Task Manager’ dan ‘Folder Options ‘ hilang dari windows??
Apa yang berlaku sebenarnya??, ‘Task Manager’ dan ‘Folder Options ‘ telah DISABLE oleh sesetengah virus atau malware..untuk ENABLE kannya kembali,anda perlulah..

click START,run taip regedit (Short for Registry Editor)..
Hive: HKEY_CURRENT_USER
Key: Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
Name: DisableTaskMgr
Type: REG_DWORD
Value: 1=Enablethis key, that is DISABLE TaskManager
Value: 0=Disablethis key, that is Don’t Disable, Enable TaskManager

Restart komputer untuk melihat hasilnya…

Cara untuk mengetahui SHUTTER LIFE untuk D-SLR

Apa yang diperlukan???
1. Mestilah D-SLR
2. Memory Card
3. Card Reader
4. Software Viewer Opanda (blh didapati dihttp://www.opanda.com/en/iexif/download.htm)

Langkah2 nyer???
1. Hidupkan D-SLR anda, kemudian masukkan memory card. Lepas tu, ambil sekeping gambar, keluarkan memory card td dan offkan kamera.
2. Download dan install opanda yang dinyatakan td.
3. Kemudian, masukkan memory card dlm card reader, drag atau copy gambr dlm memory card td ke desktop (nk kekalkn dlm memory card pun xpe..huhu)
4. Bukak software Opanda td dan masukkan gambar pada tmpt yg disediakan. anda akan dpt lihat maklumat2 mengenai gambr dan kamera yang digunakan,lihat pada “Total number of shutter release for camera.”
5.ok dah.tp klu nk tmbhkan lagi mklumat ttg pengethuan shutter life anda.sila rujuk blog steven ni http://photogeek-steven.blogspot.com/2008/03/camera-shutter-life-for-all-brands.html

BOTNET

Apa itu Botnet?

Botnet boleh dikategorikan sebagai kumpulan perisian yang diagihkan dengan cara mengeksploitasi kelemahan yang wujud pada sistem komputer pengguna.  Perisian yang mengandungi kod-kod berniat jahat ini biasanya dikenali sebagai “bot” iaitu ringkasan dari perkataan “robot”.  Ia juga dikenali sebagai zombie.

Satu lagi kaedah pengagihan bot adalah dengan mempergunakan atau menipu pengguna yang tidak begitu berpengetahuan dengan aspek keselamatan ICT. Sebagai contoh, bot dihantar melalui emel atau mengarahkan pengguna untuk memuat turun perisian tertentu dari laman web ke dalam sistem komputer mereka.  Pengguna yang tertipu pada kebiasaanya akan melaksanakan arahan yang diberikan pada emel tersebut dan seterusnya menyebabkan komputer mereka dijangkiti bot.

Ia juga boleh berlaku sekiranya pengguna komputer sering memuat turun perisian percuma di internet yang tidak diketahui sumbernya.

Sebaik sahaja  komputer  pengguna dijangkiti oleh bot, penyerang sebenarnya telah mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas komputer pengguna tersebut. Kawalan sepenuhnya bermakna penyerang terbabit mempunyai capaian terhadap pelbagai maklumat berperingkat yang terdapat di dalamnya.

Arah dan Kawal

Bot-bot ini dikawal dengan menggunakan pelayan arah dan kawal (Command & Control server atau C&C server).  Pada umumnya, satu pelayan C&C digunakan untuk mengawal sekumpulan komputer yang telah dijangkiti bot.

Rangkaian komputer-komputer yang dijangkiti bot dan dikawal di bawah infrastruktur C&C inilah yang dikenali sebagai Botnet.

Impak

Selain daripada mencapai pelbagai maklumat, komputer-komputer yang telah dijangkiti bot boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakkan dan kerugian seperti:

  • Menyerang dan menjangkiti komputer-komputer lain;
  • Menggunakan komputer yang dijangkiti sebagai agen spamming; dan
  • Melaksanakan serangan distributed denial of service (DDoS).

Dalam kes serangan DDoS, penyerang boleh mengarahkan bot-bot ini melalui C&C secara jarak jauh bagi melumpuhkan sasaran rangkaian organisasi tertentu. Umpamanya, dengan hanya mengeluarkan satu arahan, berjuta-juta bot ini mampu melumpuhkan sasaran yang dikehendaki dengan membanjiri rangkaian komputer dengan permintaan yang tidak tertampung oleh rangkaian organisasi tersebut.  Sebagai contoh, permintaan yang terlalu tinggi untuk melayari laman web organisasi dapat menghalang pengguna-pengguna lain untuk melakukan perkara yang sama.

Sudah dijangkiti atau tidak pasti?

Mengenal pasti sama ada komputer pengguna dijangkiti botnet adalah agak kompleks kerana bot secara amnya berjalan secara rahsia dan tidak disedari.  Walau bagaimana pun, terdapat tanda-tanda tertentu untuk mengesannya seperti komputer pengguna menjadi terlampau perlahan atau terdapat pelbagai jenis iklan pop-up dari pelayan Internet yang digunakan.

Oleh itu, pencegahan daripada dijangkiti bot adalah lebih praktikal dan lebih baik daripada membaik pulih sistem komputer yang telah dijangkiti bot. Berikut adalah beberapa tip langkah pencegahan yang boleh digunapakai oleh semua pengguna komputer.

Tip-tip melindungi komputer dan daripada serangan Botnet :

a)    Memasang firewall yang bersesuian pada rangkaian dan juga personal firewall pada komputer;

b)    Mengkaji polisi ALLOW ALL bagi paket yang keluar dari rangkaian agensi pada firewall;

c)    Memasang peranti rangkaian yang boleh mengesan dan menghalang virus atau perbagai jenis kod malicious lain di gateway bagi menghalang sebarang jenis serangan kod perosak menjangkiti sistem komputer;

d)    Memasang (install) Software Patches yang meliputi keseluruhan program perisian yang terdapat pada komputer;

e)    Menggunakan katalaluan yang kukuh dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 aksara serta kompleks. Setiap aplikasi yang mempunyai login access perlulah mempunyai kata laluan yang berbeza;

f)     Memasangan anti-virus ; dan

g)    Sentiasa memastikan sistem komputer dikemaskini terutama patches dan juga anti-virus supaya trend terkini serangan komputer dapat dicegah.

Perisian Pengesan Kod Malicious

Bagi yang ragu-ragu sama ada komputer telah dijangkiti bot atau tidak, terdapat beberapa perisian percuma di internet yang boleh dimuat turun bagi mengesan kewujudan bot atau kod malicious yang lain. Walaupun tidak semua jenis bot dapat dikesan, antara pautan yang mungkin berguna telah disediakan oleh Microsoft iaituhttp://www.microsoft.com/security/products/mse.aspx.

Pengguna juga digalakkan untuk mendapatkan perisian pengimbasan virus kedua seterti Clamwin bagi mengenalpasti kewujudan bot atau kod malicious lain seperti di lamanhttp://portableapps.com/apps/utilities/clamwin_portable.  Perisian Clamwin portable ini tidak memerlukan pemasangan pada sistem komputer pengguna dan boleh dijalankan secara terus menggunakan peranti storan USB. Perisian ini dapat mengesan kod malicious dengan kadar pengesanan yang agak tinggi tetapi proses pembersihan perlu dilakukan secara manual.

Sumber http://www.ictsecurity.gov.my/ Penulis: Roszelinda Binti Khalid, Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU.
DESKTOP IKON
Bagi yang ingin mencuba ‘destop icon’ ataupun ‘object dock seperti yang dibawah.click pada pautan web di bawah untuk memuat turun

http://www.stardock.com/products/objectdock/downloads.asp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s